Umno masih kuat. Alhamdullilah.

*TAHNIAH DATUK SERI MOHAMAD HASAN, TAN SRI JOHAN JAAFAR BERTEMU BUKU DENGAN RUAS*

Oleh Anuar Shaari

1. Syabas Datuk Seri Mohamad Hasan kerana telah membuktikan beliau berada dalam kelas yang tersendiri semasa menjadi tetamu rancangan Bicara Minda di Sinar Harian semalam. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden telah membuktikan beliau memang layak dan pilihan terbaik mengemudi UMNO ketika ini.

2. Bahasanya penuh madah dan kiasan. Penerangannya jelas. Sindiran beliau berlapik namun menusuk jiwa. Dialek ‘nogori’ DS Mohamad Hasan asyik didengar. Segala yang keluar dari mulut beliau semalam disusun rapi. Persoalan yang timbul dijawab dengan kemas. Tiada retorik, semuanya dijawab dengan ikhlas biarpun sesetengah jawapan itu agak pahit buat UMNO.

3. DS Mohamad Hasan sangat realistik serta tidak mempunyai sifat ‘denial‘. Sementara beliau mengakui segala kelemahan UMNO sehingga hilang kuasa pada PRU-14, beliau turut menggariskan banyak kekuatan dan kelebihan UMNO bagi menghadapi PRU-15. Menurut beliau, akar umbi adalah kekuatan utama UMNO. Beliau juga positif tentang masa depan serta bersedia menghadapinya bersama UMNO.

5. DS Mohamad Hasan langsung tidak hipokrit apatah lagi apologetik apabila berbicara tentang kepentingan Melayu dan Bumiputera. UMNO akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu/Bumiputera, dan ini tidak boleh dianggap rasis. Namun dalam masa yang sama, hak kaum lain juga tetap dibela dan tidak diusik. Jelas pendirian UMNO tidak akan menukar matlamat perjuangan semata-mata mahu mendapatkan undi dan kuasa.

6. Dalam suasana yang santai dan bersahaja, DS Mohamad bijak mengawal suasana. Bagi saya, kali ini moderator Tan Sri Johan Jaafar bertemu buku dengan ruas. Soalan-soalan provokasi dari TS Johan ditepis dengan madah dan seloka oleh DS Mohamad Hasan. TS Johan dilihat ‘cuba’ memandu dan mengawal perbincangan dalam rancangan tersebut semalam.

7. Namun DS Mohamad Hasan bijak mengganggu tumpuan TS Johan dan akhirnya DS Mohamad yang dilihat mengawal perbincangan. Jawapan DS Mohamad Hasan yang sinikal, lucu, bidasan dan nasihat membuatkan TS Johan tergamam. DS Mohamad juga bijak ‘memulangkan paku buah keras’ terhadap soalan-soalan sinikal dari TS Johan yang membuatkan TS Johan tidak senang duduk.

7. Walau bagaimanapun, program tersebut lancar dan menepati objektif. Tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang telah memberi semangat dan menyedarkan masyarakat bahawa UMNO masih utuh dan bersedia untuk bangkit kembali. Tahniah juga kepada moderator Tan Sri Johan Jaafar yang profesional dan tenang walaupun disindir DS Mohamad Hasan beberapa kali dibatas pentas. Perbincangan yang menarik. Tahniah juga kepada Sinar Harian selaku penganjur.

Namun jika ada perkara yang memberi kesan kepada Pakatan Harapan tentang program ini, mungkin Lim Kit Siang akan bertanya kepada Setiausaha Politik beliau Syahrezan Johan, apakah bapanya akan menerima pelawaan DS Mohamad Hasan untuk bapanya menyertai UMNO…

Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/7759/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s